Wajah
Wahana
Wiyata
Wisata
Wicara
Warisan
Wadah
Wacana
Waris
Warita
Wawankata
Warnasari
WICARA: PENERBITAN
Laman yang mengisi tulisan / makalah / karya pelelaman dalam
bentuk buku.
Sila klik
imej
pilihan.
TUMPAS
MOHAMED NAIM DAIPI (NIZQIN)
PENERBITAN SOLO ENTERPRISES (1977)
93 halaman
Tumpas mengisahkan penderitaan Dollah berhempas pulas di tengah-tengah perbandaran yang pesat. Dollah terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi menampung hidupnya, hidup anaknya Zaki, hidup abangnya Kusman, dan hidup kedua-dua anak saudaranya; Farid dan Azimah. Akhirnya tewas juga Dollah dilemasi badai kehidupan.....
Novelette ini pernah memenangi hadiah penghargaan sastera bagi tahun peniliaan 1977/1978
DINAMIKA BUDAYA
KUMPULAN NADWAH SASTERA
PENERBITAN MAJLIS PUSAT 1991
446 halaman
Dinamika Budaya merupakaan usaha rintisan untuk merakam, meninjau dan membicarakan perkembangan budaya Melayu Singapura selepas kemerdekaan 9 Ogos 1965. Selain itu, Dinamikan juga menampilkan pelbagai gagasan agar budaya Melayu lebih cergas dalam membangunkan kebudayaan kebangsaan Singapura.
Dalam buku ini termuat dua makalah saya, iaitu Bahasa dan Kesusasteraan: Ke Arah Mana yang Kita Tuju, dan Kajian Kekerapan Kesilapan Dalam Pembentukan Ayat Bahasa Melayu.
70 TAHUN
SURATMAN MARKASAN
PENERBIT TOKO BUKU HAJI HASHIM, 2001
463 halaman
Buku yang mengisi dokumentasi mengenai Suratman Markasan dan kekaryaannya sebagai saserawan besar tanah air. Makalah-makalah mengenai beliau disorot secara terbuka daripada keca mata kritikus, pengamat dan penulis sastera.
Dua makalah saya yang termuat dalam buku ini ialah: Gerak dan Dialog Berjaya Menyentuh Insiden-insiden Dalam kehidupan, dan Sastera Melayu Masih di Takuk Lama.
GEMA TEMASEK
MAJLIS PUSAT PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BUDAYA MELAYU SINGAPURA, 1983
270 halaman
Gema Temasek menggemakan seruan karya-karya sastera yang berupa 4 buah cerpen, 3 drama, 4 buah esei, dan 10 kuntum sajak hasil 16 orang penulis setempat yang menerima pengiktirafan mutu panel hadiah sastera musiman 1979 - 1980.
Karya saya yang termuat dalam antologi ini ialah Bahasa dan Kesusasteraan: Ke Mana yang Kita Tuju yang memenangi Hadiah Sastera (1979-1980) dengan menggunakan nama pena Muhammad Nazali.
PESAN: KUMPULAN MAKALAH SEMPENA BULAN BAHASA 1993
PENERBIT MAJLIS BAHASA MELAYU SINGAPURA, 1994
275 halaman
Pesan yang saya berikan Sepatah Kata ini merupakan usaha berterusan daripada Kesan dan Resan yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Pendokumentasian untuk memuatkan ucapan dan makalah-makalah yang dibentangkan sepanjang kegiatan Bulan Bahasa pada tahun 1993.
Tulisan saya yang terkandung di dalam buku ini ialah Peranan Bahasa Melayu dalam Perkembangan Sosio-Budaya dan Ekonomi Masyarakat Melayu di Singapura.
PERKONGSIAN PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU 2009
UNIT BAHASA MELAYU / CPDD, 2009
99 HALAMAN
Buku ini memuatkan perkongsian penerima Anugerah Guru Arif Budiman bagi musiman 2007 dan 2008. Kebanyakan makalahnya mengetengahkan pedagogi pengfajaran bahasa Melayu yang berpusatkan pelajar, berorientasikan proses, dan wujudnya pemerancahan yang dapat membantu pelajar-pelajar kita membina kemahiran, pemahaman, dan keupayaan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Makalah saya dalam buku ini bertajuk Kepersisan Bahasa: Satu Tuntutan untuk Para Guru.
PRANALA
KE LAMAN UTAMA
KE LAMAN WICARA
Copyrightã (c) 2012 Saujana.All Rights Reserved.
HYPER RESOURCES INTERACTIVE PTE LTD
Login